Selasa, 11 Disember 2012

Assalamu a'laikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Marilah kita bersama-sama mengucap syukur ke hadrat Allah SWT. Semoga dengan mengucap syukur itu, Allah SWT akan menambahkan nikmat yang telah sedia ada pada kita dengan nikmat yang lain. Adapun antara nikmat yang paling besar Allah telah anugerahkan kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam. Tidak ramai di kalangan manusia yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW yang mendapat nikmat yang agung ini, walau pun mereka merupakan ayah saudara kepada baginda RAsulullah SAW. Jadi hendaknya, dengan adanya nikmat Iman dan Islam ini, akan kita jagai, akan kita bajai dan kita suburkan. Agar hendaknya Allah SWT akan menempatkan kita dikalangan hamba-hamba NYA yang bertaqwa dan mendapat keredhaan NYA.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Saidina Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW. Walaupun baginda dilahirkkan dalam keadaan ummi, tetapi Allah telah memuliakan baginda sejak azali. Jika tanpa manusia yang bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, alam dan isi kandungannya juga tidak Allah SWT cipta. Begitulah kasihnya Allah SWT kepada hamba NYA yang bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Dan kecintaan Baginda Rasulullah Muhammad Bin Abdullah SAW kepada umatnya jua tiada tara. Hingga di akhir kalam, tatkala Izrail datang menjemput baginda untuk kembali kepangkuan Allah SWT, lidah baginda tidak putus melafazkan "Ummat Ku" , "Ummat Ku" , "Ummat Ku". Beginilah mendalam cinta baginda kepada umatnya. Walaupun kini, umat yang dintai baginda, sering lalai untuk menuruti sunnah baginda. Yang lebih malang, umat baginda kini terus tengelam dalam lautan dosa, berlazat-lazatan dengan mungkar dan kemaksiatan. Ummat baginda kini sudah tidak endah dengan kepahitan perjuangan demi mengejar keselesaan dan kemanisan palsu kehidupan dunia yang sementara. Mudah-mudahan, dengan mengucap selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW, akan menjadikan kita lebih mengasihi baginda, dan baginda juga akan mengasihi kita, demi melayakkan kita untuk mendapat syafaat baginda di akhirat sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan